Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Catat Dagangan Berjulat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Catat Dagangan Berjulat Kecil Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Catat Dagangan Berjulat Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julatkecil minggu depan berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata ketidaktentuan geopolitik khususnya pilihan raya umum Jepun akan datang dan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) akan mempengaruhi sentimen pasaran.

Beliau berkata keputusan pilihan raya Jepun mungkin mengurangkan sebahagian ketidaktentuan serantau kerana hal itu boleh memberikan implikasi besar terhadap dasar monetari Bank of Japan (BoJ).

“Kenaikan kadar BoJ kepada 0.25 peratus baru-baru ini telah meningkatkan kos pinjaman. Ini juga telah mengurangkan daya tarikan yen bagi pelabur yang meminjam modal dalam denominasi mata wang itu dan menyebabkan penurunan yang lebih ketara dalam pasaran saham global.

“Memandangkan ketidaktentuan serantau dan global semasa, kami menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) didagangkan dalam julat 1,640 hingga 1,645 minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Mohd Sedek tetap optimis bahawa sektor seperti teknologi, pembinaan dan produk pengguna akan terus mengalami pertumbuhan.

Sementara itu, tekanan jualan dalam utiliti minggu ini berkemungkinan menarik kalangan pembeli saham murah, memberikan peluang pelaburan yang berpotensi, katanya.

Selain itu, perubahan nada berkaitan dasar oleh bank pusat di peringkat global boleh memberikan manfaat kepada sektor teknologi dan sektor bermodal kecil Malaysia.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...