Home Nasional RM600,000 diperuntuk cat semula dua blok Flat Jalan Hospital
Nasional

RM600,000 diperuntuk cat semula dua blok Flat Jalan Hospital

RM600,000 diperuntuk cat semula dua blok Flat Jalan Hospital

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming / Foto BERNAMA

IPOH, 25 Oktober-Rumah flat di Jalan Hospital di sini bakal berwajah baharu selepas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan kira-kira RM600,000 bagi tujuan mengecat semula dua blok rumah pangsa berkenaan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata proses perolehan tender telah selesai dan kerja-kerja menaiktaraf tersebut akan bermula minggu depan.

Berdasarkan perjanjian kontrak, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 29 Disember depan.

\”Saya harap ini merupakan satu lagi hadiah istimewa kepada penduduk-penduduk di flat tempat kepayang di mana sini lebih kurang 1,000 lebih rumah yang kita lihat memang banyak blok yang telah usang sudah sampai masa dia berwajah baharu\”, katanya demikian selepas merasmikan Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Hospital di sini.

Jelas beliau, kerja-kerja mengecat itu bagi memberi keselesaan kepada penghuni rumah flat tersebut yang terletak di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Related Articles

Dua maut selepas motosikal bertembung, terbakar
Nasional

Dua maut selepas motosikal bertembung, terbakar

FOTO JBPM PULAU PINANGNIBONG TEBAL, 4 Mei- Dua penunggang motosikal maut selepas...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 4 Mei– Yang di-Pertuan Agong...

Kerjasama erat TH, Mashariq lancarkan operasi haji Malaysia
Nasional

Kerjasama erat TH, Mashariq lancarkan operasi haji Malaysia

Mohd Hisham Harun dan Ali Hussein Al Bundugi/RTMMEKAH, 4 Mei- Kerjasama strategik...

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan tumpu tiga teras strategik
Nasional

Persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan tumpu tiga teras strategik

Kerjasama strategik awam-swasta penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan...