Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum meningkat dalam niaga hadapan getah serantausertaringgit yang menyusutberbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat berikutankebimbangan terhadap stok getah asli global dan prospek permintaan getah asli yang lebih cerah sepertidilaporkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).

"Bagaimanapun, peningkatanselanjutnya dikekang oleh penurunan kadar faedah Amerika Syarikatyang tidak menentu dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

“ANRPC melaporkan bahawa permintaan getah asli global meningkat 1.4 peratus kepada 11.3 juta tan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 manakala pengeluaran getah asli global menokok 3.2 peratus kepada 9.9 juta tan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata selain itu pasaran getah asli dijangka mengalami bekalan yang terhad berikutangangguan pengeluaranakibattaufan Yagi dan banjir yang menjejaskan banyak tempat diwilayah pengeluar getah asli di China, Thailand dan Vietnam.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 15.0 sen kepada 867.5 sen sekilogram manakala susu getahpukal menambah 1.0 sen kepada 754.00 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 867.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 753.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...