Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Okt(Livevartha) — Bursa Malaysia turun sedikit pada tengah hari ini di tengah-tengah dagangan berhati-hati di pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.27 mata, atau 0.08 peratus, kepada 1,644.41 daripada paras penutup 1,645.68 padaIsnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka lebih tinggi naik 1.78 matakepada 1,647.46.

Suasana pasaran kekal negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 475 berbanding 334 manakala 476 kaunter tidak berubah, 1,196 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.27 bilion unit bernilai RM936.54 juta.

Memandangkan prestasi Wall Street yang bercampur-campur semalaman, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka pasaran akan kekal diniagakan berhati-hati.

Bagaimanapun, firma sekuriti itu berpandanganperhatian mungkin beralih kepada sektor yang bakal mendapat manfaat daripada dasar Belanjawan2025, termasuk pembinaan, hartanah, teknologi dan tenaga boleh baharu.

"Kami menjangkakan pasaran kekal berhati-hati memandangkan beberapa syarikat utama Amerika Syarikat (AS) akan mengumumkankeputusan mereka minggu ini.

“Selain itu, peniaga akan memantau rapat data ekonomi utama, termasuk tuntutan pengangguran AS dan indeks pengurus pembelian pembuatan dan perkhidmatan," katanya.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...