Home Nasional Tiada halangan berhimpun tapi perlu serah notis kepada PDRM
Nasional

Tiada halangan berhimpun tapi perlu serah notis kepada PDRM

Tiada halangan berhimpun tapi perlu serah notis kepada PDRM

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Semua perhimpunan awam perlu dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima hari sebelum ia dianjurkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara demokrasi, kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara kepada semua rakyat, termasuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman.

Bagaimanapun, hak itu perlu disertai dengan tanggungjawab untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan, terutamanya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

\”PDRM bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan perhimpunan dijalankan dengan teratur mengikut Akta 736 dan undang-undang lain yang berkaitan.

\”Notis perhimpunan di bawah Seksyen 9 (1) Akta 736 perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, termasuklah butiran terperinci mengenai penganjuran perhimpunan, anggaran bilangan peserta, dan pelantikan individu bertanggungjawab bagi memastikan perhimpunan dijalankan dengan teratur,\” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (Raub) mengenai keperluan permit daripada PDRM untuk penganjuran perhimpunan awam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....