Home Nasional Azman Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif DNB
Nasional

Azman Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif DNB

Azman Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif DNB

Azman Ismail / Foto DNB

KUALA LUMPUR, 22 Oktober- Digital Nasional Bhd (DNB) melantik Datuk Azman Ismail sebagai ketua pegawai eksekutif baharu, berkuat kuasa esok.

Menurut DNB, kerjaya cemerlang Azman selama 36 tahun menyaksikan beliau menggalas beberapa peranan penting kepimpinan, terutamanya sebagai pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Malaysia Bhd.

\”Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau menerajui transformasi digital yang berkesan serta inisiatif pengurusan, yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan meluas di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia Pasifik, serta di pentas global.

\”Dengan peranan baharunya, DNB yakin pengalaman luas dan kepimpinan bernas beliau akan dapat memacu usaha DNB dalam fasa pembangunan, seterusnya ketika syarikat terus memajukan penggunaan 5G Malaysia merentas pengguna, perusahaan dan perkhidmatan awam serta menyokong transformasi digital negara,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....