Home Nasional Remaja maut, motosikal terperosok di bawah MPV
Nasional

Remaja maut, motosikal terperosok di bawah MPV

Remaja maut, motosikal terperosok di bawah MPV

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa

IPOH, 22 Oktober –Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terperosok ke bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Hala Bandar Baru Tambun tengah malam tadi.

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, mangsa berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.19 tengah malam.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pihak bomba menggunakan peralatan khas \’air lifting bag\’ bagi mengangkat kenderaan terbabit untuk ruang kerja mengeluarkan mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....