Home Nasional Malaysia komited ke arah sifar plastik
Nasional

Malaysia komited ke arah sifar plastik

Malaysia komited ke arah sifar plastik

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

BUKIT JALIL, 20 Oktober– Pelaksanaan pengurangan plastik akan terus diperkasa demi menjaga kelestarian alam sekitar.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kesedaran akan terus diperluas dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan pelaksanaan itu.

\”Bagi saya, sangat penting perspektif daripada masyarakat sivil tentang keperluan tersebut. Ini termasuk soal pengisytiharan hak asasi hak, hak alam sekitar bagi ASEAN yang kita akan kaji, bagaimana kita boleh terajui pada tahun depan, selari dengan kepengerusian ASEAN-Malaysia.

Ini kerana masalah plastik bukan sahaja membelenggu Malaysia tetapi membelenggu banyak negara-negara ASEAN yang lain,\” kata Nik Nazmi kepada pemberita pada program ‘Journey to Stop Plastic Pollution’ di Bukit Jalil, ibu negara.

Program tersebut memberi pendedahan mengenai pencemaran plastik yang telah sekian lama menjejaskan alam sekitar melalui pelbagai pengisian.

Ia termasuk perbincangan forum dan pameran.

Menurut beliau, penggunaan sifar plastik menjelang 2030 akan diteruskan dan kajian mewujudkan satu perundangan khusus melibatkan penggunaan plastik akan turut dicadang di peringkat Persekutuan.

Tambahnya, beliau juga akan turut menggalakkan kerjasama antara kementerian, pihak berkuasa tempatan serta komuniti.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....