Home Ekonomi Belanjawan 2025: Pertumbuhan lebih inklusif, kekal tanggungjawab fiskal
Ekonomi

Belanjawan 2025: Pertumbuhan lebih inklusif, kekal tanggungjawab fiskal

FOTO Livevartha

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Institusi kewangan tempatan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah ke arah pertumbuhan lebih inklusif dan mampan, pada masa sama mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.

Menurut Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) langkah utama yang diambil termasuk perbelanjaan pembangunan yang kukuh berjumlah RM86 bilion, bagi mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8 peratus tahun hadapan.

Bank Islam turut menyokong pengumuman dana RM100 juta untuk memacu inovasi dalam kewangan Islam.

Sementara itu CIMB Bank Berhad (CIMB) berpandangan, pengenalan cukai karbon dan dividen serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah langkah berani kerajaan dalam mengembangkan asas cukai secara kreatif.

Peningkatan pengecualian duti setem untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana serta RM650 juta untuk wanita dan usahawan belia langkah strategik yang sejajar dengan komitmen MBSB Bank untuk memperkasa perniagaan.

Sementara itu, Maybank menyatakan peruntukan RM20 juta kepada Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional dan pelancaran Portal Penipuan Nasional merupakan inisiatif penting untuk memperkukuh keselamatan digital dan pencegahan penipuan.

Kumpulan Affin turut menyokong penuh usaha Kerajaan memacu pertumbuhan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) melalui kemudahan pinjaman dan pembiayaan bersasar berjumlah lebih RM40 bilion.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad sedia menggalas mandat dan peruntukan RM6.4 bilion diperuntukkan bagi pembiayaan bersasar projek-projek pembangunan berimpak tinggi melalui tujuh program strategik.

Ini termasuk, Program Pembangunan MADANI serta Program Pengangkutan dan Logistik.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...