Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi [Tinjauan Ekonomi 2025] Kerajaan tetapkan dua sasaran jangka masa sederhana di bawah Akta 850
Ekonomi

[Tinjauan Ekonomi 2025] Kerajaan tetapkan dua sasaran jangka masa sederhana di bawah Akta 850

[Tinjauan Ekonomi 2025] Kerajaan tetapkan dua sasaran jangka masa sederhana di bawah Akta 850

KERAJAAN menetapkan dua sasaran jangka masa sederhana di bawah Akta Kewangan Awan dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025. – GAMBAR HIASAN

KERAJAAN menetapkan dua sasaran jangka masa sederhana di bawah Akta Kewangan Awan dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025.

Berdasarkan laporan itu, dua sasaran tersebut adalah mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memastikan nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada KDNK.

“Penggubalan dasar fiskal akan berpandukan prinsip kebertanggungjawaban, tanggungjawab, ketelusan dan kesaksamaan antara generasi seperti yang ditekankan dalam Akta 850.

“Antara langkah utama untuk mencapai sasaran tersebut adalah memastikan penjanaan hasil yang mampan dengan tumpuan kepada mempelbagaikan sumber hasil melalui peluasan asas cukai.

“Penggubalan Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) menggariskan fasa pelaksanaan langkah hasil, kajian semula perundangan percukaian dan pemodenan pentadbiran hasil,” katanya.

Laporan itu menyatakan, kerajaan menekankan keperluan untuk mengurangkan sokongan fiskal yang besar semasa pandemik secara beransur-ansur, di samping memastikan sumber yang mencukupi dapat dimanfaatkan bagi mengekalkan trajektori pertumbuhan.

“Lantaran itu, dalam merangka strategi jangka masa sederhana dan panjang, kerajaan perlu mengambil kira cabaran utama termasuk ketidaksamaan pendapatan, populasi menua, perubahan iklim dan daya saing perniagaan.

“Tambahan pula, kebergantungan berterusan kepada kutipan cukai pendapatan serta item perbelanjaan locked-in yang tinggi telah menjejaskan fleksibiliti fiskal.

“Justeru, membina semula penampan fiskal penting dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi dan membolehkan Kerajaan melaksanakan langkah kitaran balas,” katanya.

Selain itu, kajian semula sistem percukaian sedia ada dilaksanakan secara berterusan bagi mewujudkan sistem yang lebih saksama, cekap dan kondusif ke arah pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan menilai impak dasar perbelanjaan awam secara konsisten untuk memastikan kecekapan perbelanjaan dan mengoptimumkan sumber kepada bidang berimpak tinggi.

“Antara langkah perbelanjaan utama termasuk pelaksanaan subsidi bersasar yang penting bagi mengurangkan ketirisan dan pembaziran di samping melindungi kesejahteraan golongan rentan,” jelasnya.

Sementara itu, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baru diperkenalkan bertujuan meningkatkan produktiviti dan menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

“Kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk merasionalisasikan peranan dan fungsi badan berkanun bagi mengurangkan duplikasi dan pertindihan.

“Justeru, keseimbangan antara kecekapan perbelanjaan dengan peningkatan janaan hasil perlu dikekalkan bagi mencapai kemampanan fiskal jangka masa panjang.

“Inisiatif tersebut bertujuan mewujudkan ruang fiskal mencukupi bagi membolehkan membiayai projek pembangunan tanpa pinjaman berlebihan bagi mencapai tahap hutang yang berhemat selaras dengan sasaran jangka masa sederhana seperti yang ditetapkan di bawah Akta 850,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga
Ekonomi

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin (kiri) dan Gabenor Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan...

Ekonomi

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto BernamaKUALA LUMPUR,...

Ekonomi

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

FOTO AFPKUALA LUMPUR, 15 November- Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan...