Home Nasional Pindaan RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan diluluskan
Nasional

Pindaan RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan diluluskan

Pindaan RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan diluluskan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Dewan Rakyat meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dengan majoriti lebih dua pertiga.

RUU itu mendapat sokongan 206 Ahli Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata seorang Ahli Parlimen tidak menyokong rang undang-undang itu manakala 14 tidak hadir dan seorang wakil rakyat tidak mengundi kerana masih dalam penggantungan.

Pindaan itu antara lain memperuntukkan hak kepada kanak-kanak yang lahir di luar Persekutuan dengan ibunya pada masa kelahiran tersebut merupakan seorang warganegara, untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, berbanding hanya jika bapanya seorang warganegara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....