Home Nasional Belanjawan 2025 tumpu teras utama kerangka Ekonomi MADANI
Nasional

Belanjawan 2025 tumpu teras utama kerangka Ekonomi MADANI

Belanjawan 2025 tumpu teras utama kerangka Ekonomi MADANI

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat petang ini / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat petang ini.

Ia merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan beliau dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pembentangan Belanjawan 2025 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan media sosial pada pukul 4.00 petang ini.

Menurut kenyataan prabelanjawan 2025 yang disiarkan dalam laman sesawang khas Belanjawan Kementerian Kewangan, Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan kepada teras utama kerangka Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

Teras menaikkan siling bertujuan menstrukturkan semula ekonomi dan meningkatkan daya saing negara bagi meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia manakala teras menaikkan lantai bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik dan perlindungan sosial untuk semua.

Teras tatakelola baik dan reformasi sektor awam pula bertujuan mengutamakan aspek ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti dalam kerajaan supaya matlamat yang digariskan Malaysia dapat dicapai.

Pada 7 Oktober lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI.

Perdana Menteri berkata lebih banyak penambahbaikan struktur ekonomi akan diperkenalkan dalam belanjawan itu untuk memastikan pertumbuhan pesat ekonomi dapat dikongsi bersama rakyat secara saksama.

Berdasarkan takwim menerusi laman rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu akan dibahaskan di peringkat dasar selama lapan hari bermula Isnin depan (21 Oktober) sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 November.

Ahli Parlimen kemudian akan membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 November untuk diluluskan Dewan Rakyat.- BERNAMA

BERITA BERKAITAN:

  • RTM guna khidmat robot \’Fiona\’ dalam Siaran Langsung Belanjawan 2025
  • Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen jadi semak dan imbang Belanjawan 2025
  • Realiti golongan B40 menjelang Belanjawan 2025
  • Belanjawan 2025 perlu kekal bersifat inklusif- Penganalisis
  • Ringgit meningkat berbanding dolar AS berikutan prospek positif Belanjawan 2025
  • Belanjawan 2025: LKIM harap pacu transformasi Sektor Perikanan

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....