Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh berkurangan
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh berkurangan

Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh berkurangan

Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh, Pahang, menunjukkan sedikit penurunan dengan 1,751 orang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10 malam tadi / Foto RTM

TEMERLOH, 17 Oktober – Jumlah penduduk terjejas banjir di Temerloh, Pahang, menunjukkan sedikit penurunan dengan 1,751 orang ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 10 malam tadi, berbanding 1,795 orang, petang tadi.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan menempatkan penduduk terjejas paling ramai, iaitu seramai 725 orang.

Manakala PPS SK Desa Bakti menempatkan 675 orang, SMK Mentakab (134 orang), SK Bukit Cermin (96 orang), SMK Bukit Cermin (69 orang) dan SK Lanchang (5 orang).

Selain itu, 25 orang berlindung di PPS SK Mentakab, 16 orang di Masjid Kampung Bongsu, dan enam orang di Tapak Pemindahan Kampung Gantok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....