Home Nasional Paras air Pantai Seri Sentosa catat bacaan tinggi
Nasional

Paras air Pantai Seri Sentosa catat bacaan tinggi

Paras air Pantai Seri Sentosa catat bacaan tinggi

Fenomena air pasang besar yang melanda Selangor memasuki hari kedua / Foto RTM

SEKINCHAN, 18 Oktober- Fenomena air pasang besar yang melanda Selangor memasuki hari kedua dengan paras air di Pantai Seri Sentosa, Parit 5, Sekinchan mencatatkan bacaan setinggi 5.8 meter setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Bomba Zon 7, Shamsol Maarif Saibani, sebuah ban di kawasan tersebut dilaporkan pecah petang semalam akibat tekanan air yang melimpah ke kawasan parit kampung, yang berpotensi menyebabkan risiko banjir.

\”Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini, tepat pada pukul 4.30 hingga 5.00 pagi, air sudah naik dan melepasi ban. Dianggarkan, air yang melimpah sejauh 100 meter,\” katanya kepada pemberita di sini.

Penduduk di kawasan terjejas turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan situasi luar jangka.

\”Kami pasti tempat ini akan menjadi satu punca air laut masuk, jadi kami berbincang cara untuk mengurangkan kemasukan air dan mengambil inisiatif mengisi pasir dalam guni dan meletakkannya di ban yang pecah,\” kata penduduk, Azman Maseri.

Susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berterusan sehingga Ahad ini, pasukan bomba terus melakukan pemantauan di lokasi-lokasi berisiko, termasuk Ban Sungai Lang, Waterfront Bagan Nakhoda Omar, Pantai Seri Sentosa, dan Bagan Pasir.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....