Home Nasional Malaysia harap hubungan pertahanan dengan Jerman terus diperkukuh
Nasional

Malaysia harap hubungan pertahanan dengan Jerman terus diperkukuh

Malaysia harap hubungan pertahanan dengan Jerman terus diperkukuh

Foto Facebook Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap hubungan pertahanan antara Malaysia dan Jerman terus diperkukuh.

Perkara itu termasuk melalui penglibatan lebih banyak syarikat negara itu dalam LIMA dan inisiatif \’Enable and Enhance (E&E)\’ pada tahun hadapan.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, dua-dua negara mempunyai kerjasama pertahanan yang baik sejak dahulu lagi.

\”Malaysia merakamkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai \’port of call\’ dan berharap tentera laut Malaysia dan Jerman dapat menggunakan peluang ini untuk mengeratkan hubungan antara keduanya.

\”Namun, saya percaya hubungan pertahanan yang baik ini tidak terhad kepada domain laut. Dalam ucapan, saya turut menzahirkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai \’stopover\’ dalam German Air Force\’s 2024 Asia-Pacific Tour,\” katanya.

Beliau sebelum itu berada di Pelabuhan Klang sempena \’port of call\’ kapal frigat, Baden-Württemberg dan kapal sokongan tempur, Frankfurt am Main milik Tentera Laut Jerman.

Kedua-dua kapal tersebut berada di Malaysia bermula 15 hingga 18 Oktober 2024.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Laut, Datuk Zulhelmy Ithnain.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....