Home Nasional 100 penduduk terjejas, kediaman dinaiki air
Nasional

100 penduduk terjejas, kediaman dinaiki air

100 penduduk terjejas, kediaman dinaiki air

Kediaman 100 penduduk di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak dinaiki air

BANDAR BAHARU, 17 Oktober- 100 penduduk daripada 25 keluarga di Kampung Besar, Mukim Bagan Samak, dekat Bandar Baharu, Kedah terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air.

Perkara itu berikutan fenomena air pasang besar yang melanda kawasan itu, awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian banjir pada pukul 4.35 pagi.

\”Sepasukan anggota APM Bandar Baharu kemudian melakukan pemantauan awal di kampung berkenaan dan mendapati 25 kediaman dimasuki air.

\”Air pasang besar di sungai utama iaitu sungai Kerian yang berhampiran kawasan penduduk berkenaan menjadi punca kejadian banjir,\” kata Abdul Rahim Kahiruddin.

Bagaimanapun trend air pada pagi tadi semakin berkurang dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan itu setakat ini.

Pada masa sama pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Sementara itu penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan semasa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....