Home Ekonomi Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030
Ekonomi

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) melancarkan Model Kenderaan EV C10 LeapMotor di The Exchange TRX Kuala Lumpur / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai 20 peratus jumlah volum industri (TIV) bagi kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pada separuh kedua 2024, sebanyak 6,617 kenderaan EV telah terjual, mencatatkan peningkatan sebanyak 112 peratus berbanding tahun sebelumnya.

\”Jadi saya rasa kita berada di landasan yang betul kerana sasaran kita adalah pada 2030, bukan tahunan. Sasaran kita adalah 20 peratus daripada jumlah keseluruhan TIV.

\”Setakat 30 September, sebanyak 3,171 stesen pengecasan EV telah dipasang di seluruh negara, di mana 813 daripadanya merupakan pengecas pantas DC. Sasaran kami adalah untuk mencapai 10,000 stesen pengecasan menjelang akhir 2025,\” katanya selepas majlis pelancaran SUV Stellantis x Leapmotor C10, di sini.

Tambah Zafrul, industri automotif menyumbang antara 4 hingga 5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setiap tahun.

Katanya, industri tersebut akan terus menjadi tonggak penting kepada pertumbuhan ekonomi negara serta menyokong lebih daripada 700,000 pekerjaan.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...