Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober– Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan pengurangan kadar faedah di peringkat global semakin memperoleh momentum dan Rizab Persekutuan AS dilihat teragak-agak untuk mengikuti trend itu.

Dalam keadaan itu, Indeks Dolar AS meningkat 0.2 peratus kepada 103.47 mata.

Pada pukul 8.01 pagi, ringgit naik kepada 4.2940/3100 berbanding dolar AS daripada 4.2945/2995 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata European Central Bank dijangka menurunkan kadar dasarnya sebanyak 25 mata asas berikutan inflasi susut di bawah sasaran dua peratus dan sentimen perniagaan dalam sektor pembuatan yang lemah.

Beliau berkata di peringkat serantau, Bank of Thailand membuat pengurangan 25 mata asas secara mengejut, susulan langkah serupa dilaksanakan oleh Indonesia dan Filipina, menandakan kadar faedah global mungkin telah mencecah paras tertingginya.

“Bagaimanapun, Rizab Persekutuan AS mungkin menangguhkan pelonggaran selanjutnya, memandangkan daya tahan ekonomi AS memberi kelebihan kepada dolar.

“Ringgit diunjurkan kekal stabil kerana Bank Negara Malaysia mungkin mengambil pendekatan berbeza, (disebabkan) kebimbangan mengenai risiko inflasi yang berterusan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semasa pembukaan dagangan, ringgit lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6624/6798 daripada 4.6780/6834 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding pound British kepada 5.5766/5974 daripada 5.5889/5954.

Ringgit turut lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 2.8713/8822 dari 2.8772/8807.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2694/2818 daripada 3.2800/2841 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9279/9858 daripada 12.9329/9546.

Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 276.8/278.0 daripada 276.8/277.3 semalam dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.46 daripada 7.43/7.45.- Livevartha

Related Articles

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga
Ekonomi

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin (kiri) dan Gabenor Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan...

Ekonomi

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto BernamaKUALA LUMPUR,...

Ekonomi

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

FOTO AFPKUALA LUMPUR, 15 November- Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan...