Home Nasional Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah catat pengurangan
Nasional

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah catat pengurangan

Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah catat pengurangan

Foto APM Kedah

ALOR SETAR, 16 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di Kedah setakat pukul 8.00 pagi tadi berkurang kepada 1,278 orang berbanding 1,285 orang, pukul 8.00 malam tadi.Ia melibatkan 403 keluarga.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Baling mencatatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 470 orang.

Kesemua mereka ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Tun Abdul Razak Baru (89); Dewan Tun Abdul Razak Lama (91); Kompleks Rakan Muda (235); dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ketil (55).

Di Kota Setar pula, seramai 469 penduduk masih ditempatkan di empat PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah (164); SK Titi Gajah (78); SK Taman Aman (160); dan SK Sri Gunong (67 penduduk).

Manakala di Pendang, seramai 334 penduduk ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah (229; dan SMK Pendang (105).

Di Pokok Sena pula, hanya satu PPS masih beroperasi iaitu SK Tualang yang menempatkan seramai lima penduduk.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....