Home Nasional Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran
Nasional

Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran

Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran

Foto JBPM Kedah

JITRA, 16 Oktober-Empatunit rumah kedai dua tingkat di Jalan Kampung Naga, Pekan Kepala Batas, musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 5.00 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin dalam satu kenyataan berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui talian Mers 999 pada pukul 5.10 pagi.

Beberapa buah jentera dari BBP Jitra, EMRS, dan BBP Alor Setar diarah ke lokasi kebakaran.

\”Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan rumah kedai 2 tingkat yang dijadikan stor penyimpanan barang \’hardware\’, bangunan jenis tidak kekal berkeluasan 25 X 100 kaki persegi setiap unit, melibatkan empat unit kedai,\” katanya.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan di bahagian belakang kedai dan satu aliran dua pancutan di bahagian hadapan kedai dan api dapat dibendung pada pukul 5.36 pagi.

Kebakaran berkenaan telah memusnahkan 90 peratus struktur premis.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.29 pagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....