Home Nasional Jabatan Canseleri UiTM raih tempat kedua SASSA 2024
Nasional

Jabatan Canseleri UiTM raih tempat kedua SASSA 2024

Jabatan Canseleri UiTM raih tempat kedua SASSA 2024

Kontinjen Jabatan Canseleri pada Kejohanan SASSA 2024 yang berlangsung dari 9 hingga 13 Oktober lepas

SHAH ALAM, 14 Oktober- Kontinjen Jabatan Canseleri berjaya mencapai sasaran apabila menduduki tempat kedua keseluruhan pada Kejohanan Sukan Antara Staf Kampus Shah Alam (SASSA) 2024.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari dari 9 hingga 13 Oktober lepas itu melibatkan staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dalam pelbagai acara sukan di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam dan Alam Lanes di sini.

Kontinjen Jabatan Canseleri meraih tiga pingat emas menerusi acara Ping Pong Beregu Lelaki, Ping Pong Beregu Wanita, dan Petanque Beregu Lelaki.

Prestasi itu cukup untuk menempatkan mereka di kedudukan kedua keseluruhan daripada 21 pasukan bertanding.

Ketua Kontinjen Jabatan Canseleri Mohd Yuzi Zali menyifatkan pencapaian menduduki tempat kedua sebagai kejutan manis, hasil kesungguhan para atlet yang komited sepenuhnya.

Walaupun hanya mengutip tiga pingat emas, kontinjen tersebut hampir melangkah ke final dalam beberapa acara lain.

Beliau turut menegaskan bahawa sasaran pingat emas dalam Ping Pong dan Petanque adalah realistik memandangkan atlet-atlet berkenaan telah beraksi di peringkat tertinggi kejohanan Universiti Awam.

Untuk edisi akan datang, beliau optimis kontinjen dapat memperbaiki pungutan pingat.

Juara keseluruhan disandang oleh Kontinjen Kolej Pengajian Kejuruteraan dengan tujuh pingat emas, manakala tempat ketiga diraih oleh Kontinjen Hal Ehwal Pelajar yang memenangi dua pingat emas.

Kejohanan sukan staf bertujuan membudayakan aktiviti kecergasan dan kesihatan dalam kalangan warga kampus serta memeriahkan program \”UniFit\” 2024.

Pelaksanaan kejohanan tersebut juga berjaya meningkatkan produktiviti dan mengeratkan silaturahim antara staf UiTM bersempena Hari Sukan Negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....