Home Nasional Monsun Timur Laut: JBPM Johor bersiap siaga, mantapkan kemahiran anggota
Nasional

Monsun Timur Laut: JBPM Johor bersiap siaga, mantapkan kemahiran anggota

Monsun Timur Laut: JBPM Johor bersiap siaga, mantapkan kemahiran anggota

Siti Rohani Nadir ketika ditemu bual dalam slot Cerita Pagi Johor pada program Selamat Pagi Malaysia

JOHOR BAHRU, 15 Oktober– Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor bersiap siaga pada tahap tinggi bagi berdepan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang akan berlaku pada November depan.

Pengarah JBPM Negeri Johor, Siti Rohani Nadir berkata pelbagai aspek persediaan dilakukan termasuk mengeluarkan arahan kesiapsiagaan kepada kesemua 34 buah balai di negeri berkenaan untuk digerakkan pada bila-bila masa.

Tambahnya, pelbagai latihan dan ujian dilaksana ketika ini bagi memantapkan lagi tahap kemahiran setiap anggota dan pegawai JBPM terutamanya ketika berdepan situasi kecemasan.

\”Kita mengadakan pengujian logistik banjir di mana ia dilaksana secara serentak di seluruh negara termasuk di Johor, yang melibatkan empat buah balai.

\”Kita turut melaksanakan Latihan Remedial untuk pasukan penyelamat di air atau PPDA. Latihan dilakukan daripada teknik penyelaman, kaedah mencari mangsa, selain membuat pemeriksaan pengujian ke atas peralatan penyelamatan yang berkaitan.

\”Kita juga mengadakan kursus-kurus pemantapan, kursus perintah kawalan insiden di semua penjaga pegawai balai bagi memastikan mereka ini kompeten jika berlaku sesuatu insiden,\” ujarnya ketika ditemu bual menerusi slot Cerita Pagi Johor, pada program Selamat Pagi Malaysia.

Monsun Timur Laut diramal berlaku November depan sehingga Mac 2025.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....