Thursday , 14 November 2024
Home Perniagaan Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan
Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media

KUALA LUMPUR, 14 Oktober– Belanjawan 2025 yang akan dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini di Dewan Rakyat diharap bersifat adil dan inklusif kepada semua golongan.

Penganalisis Ekonomi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan mengakui belanjawan seumpama itu tidak mudah untuk dirangka kerana kerajaan turut berdepan cabaran untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

\”Kita dapat melaksana satu belanjawan yang adil dan inklusif kepada semua golongan termasuk B40, M40, T20, dan kumpulan rentan.

\”Ini merupakan satu cabaran yang sangat besar kepada kerajaan di samping untuk mengurangkan defisit fiskal supaya kita mempunyai belanjawan yang tidak terlalu besar defisitnya,\” jelasnya ketika ditemui RTM selepas menghadiri temu bual program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Ditanya mengenai impak Belanjawan 2025 dalam menangani kos sara hidup, Profesor Madya Dr Nuradli memberitahu perkara itu berkait rapat dalam usaha meningkatkan pendapatan negara.

\”Kos sara hidup bergantung dengan harga barangan dan kemudahan kita la. Apabila kita terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, maka kita perlu kenaikan pendapatan maknanya kita perlu menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

\”Kita berharaplah belanjawan kali ini boleh tingkatkan pendapatan rakyat tidak kira daripada golongan bawahan mahupun atasan. Kita tidak mahu (jurang) lantai dan silingnya terlalu tinggi. Lantai perlu dinaikkan, dan siling tidak semestinya dinaikkan, tetapi kita boleh sahaja kekalkan,\” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan diteruskan atau dinaikkan dalam Belanjawan 2025 bagi membantu golongan sasar demi kelangsungan hidup.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Kaedah khusus bantu belia jamin peluang kerjaya

Khairul Muzammil pada sesi temu bual program Selamat Pagi MalaysiaKUALA LUMPUR, 13...