Thursday , 14 November 2024
Home Perniagaan Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga
Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut pada kadar lebih sederhana berjumlah RM45.7 juta.

Menurut MIDF Amanah Investmenet Bank Bhd (MIDF), jualan bersih tertinggi dicatatkan pada Isnin dan Jumaat dengan aliran keluar masing-masing sebanyak RM147.9 juta dan RM216.6 juta.

Namun, jualan bersih diimbangi aliran masuk yang dicatatkan dari Selasa hingga Khamis pada julat antara RM44.4 juta dan RM70.2 juta setiap hari.

Sektor yang merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah produk dan perkhidmatan pengguna, hartanah dan perladangan.

Sebaliknya,perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logistik serta penjagaan kesihatan merupakan tiga sektor dengan aliran keluar bersih tertinggi.

Pelabur institusi tempatan menyokong bursa tempatan dengan belian bersih untuk minggu kelima berturut-turut, berjumlah RM 93.4 juta diikuti peruncit tempatan yang melakukan pembelian bernilai RM102.5 juta.

Di peringkat serantau, pelabur asing dilihat meneruskan trend penjualan ekuiti di Asia, dengan aliran masuk bersih sebanyak US$ 4.43 bilion.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Insentif cukai bantu syarikat pemula tarik pelaburan

FOTO Livevartha & RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Syarikat pemula khususnya bukan teknologi...