KUALA LUMPUR, 14 Oktober– Ribut petir dijangka melanda di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor petang ini.
Menurut laman sesawang Met Malaysia, ribut petir turut diramal berlaku di beberapa kawasan pedalaman di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Sementara itu, ramalan sama turut dijangka berlaku di empat lokasi di Sabah iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.
Selain hujan di beberapa tempat di Tawau.
Manakala di Sarawak, ribut petir di beberapa tempat Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.