Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba
Nasional

Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba

Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba

Api marak dalam kejadian kebakaran Pasar Besar Kuala Krai pada awal pagi tadi/ Foto: JBPM

KOTA BHARU, 14 Oktober– Keseluruhan bahagian atas Pasar Besar Kuala Krai, yang terletak kira-kira 60 Kilometer dari sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 1.21 pagi tadi.

Susulan itu, seramai 25 anggota dari BBP Sungai Durian, BBP Machang dan BBP Tanah Merah bersama lima jentera bomba, digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadam api.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati bahagian atas pasar besar itu telah terbakar sebanyak 80 peratus, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

\”Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke tingkat bawah bangunan, dan api dapat dikawal pada 2.06 pagi tadi,\” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.42 pagi tadi, sementara jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- BERNAMA

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...