Home Nasional Jadikan al-Quran panduan holistik, dalam hala tuju pembangunan negara
Nasional

Jadikan al-Quran panduan holistik, dalam hala tuju pembangunan negara

Jadikan al-Quran panduan holistik, dalam hala tuju pembangunan negara

Datuk Seri Fadillah berucap pada perasmian program World Quran Symposium 2024 / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Al-Quran memberikan panduan yang holistik dalam kepimpinan sesebuah kerajaan, pengurusan diri dan hala tuju kehidupan bermasyarakat

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, dengan mematuhi ajaran al-Quran, kerajaan mampu membina sebuah negara yang makmur dan harmoni berdasarkan integriti, kejujuran dan ketelusan dalam tadbir urus ke arah pengukuhan institusi.

\”Keadilan adalah salah satu prinsip utama Al-Quran. Al-Quran mengarahkan kita untuk berdiri teguh untuk keadilan, sebagai saksi untuk Allah, walaupun ia menentang diri sendiri atau ibu bapa dan sanak saudara (Al-Quran 4:135). Sebagai pemimpin, diamanahkan untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua kelompok masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau status,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program World Quran Symposium 2024 bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-64 di ibu negara.

Tambahnya, Al-Quran juga memberi galakan untuk ummah berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua usaha aspek, sama ada dalam tadbir urus, ekonomi, pendidikan atau inovasi untuk merealisasikan potensi rakyat dan negara, serta meningkatkan daya saing.

Ianya sejajar dengan konsep \”Malaysia MADANI\” juga merupakan kerangka yang diperkenalkan kerajaan yang bertujuan untuk membentuk landskap sosio-ekonomi dan politik negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....