Home Nasional Kembara kokurikulum, perkukuh hubungan Malaysia-Thailand
Nasional

Kembara kokurikulum, perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

Kembara kokurikulum, perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

Foto hiasan

SONGKHLA, 10 Oktober- Program Kembara Kokurikulum Unit Beruniform Peringkat Antarabangsa Tahun 2024 \’International Education Adventure 2.0\’ antara platform dalam memperkukuh hubungan akrab antara Malaysia-Thailand.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dikelolai Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu diadakan di Rattanasan Boy Scout Camp, Songkhla itu disertai 288 pelajar badan beruniform bersama 56 guru dan pegawai dari Malaysia serta 100 pelajar dari Thailand.

Antara badan beruniform yang menyertai program tersebut termasuk Persekutuan Pengakap Malaysia; Kadet Remaja Sekolah; Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia; Kor Kadet Polis; dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Dr. Zulkifly Mohamad berkata, program tersebut melibatkan semua unit beruniform yang bergiat aktif di sekolah dan melibatkan semua negeri-negeri seluruh Malaysia bersama unit beruniform sekolah-sekolah di Wilayah Selatan Thailand.

\”Kembara ini bertujuan untuk meningkatkan disiplin, kesopanan, sikap kerjasama, secara harmoni dan bertanggungjawab dalam kalangan peserta.

\”Berjumpa dan berpeluang bermesra serta berkenalan dengan peserta dari dalam dan luar negeri,\” kata Zulkifly.

Selain itu, peserta dapat mempelajari dan mengetahui budaya luar negara di samping memperoleh ilmu pengetahuan ketika aktiviti berlangsung.

Peserta-peserta juga dapat membuat refleksi diri dalam pencapaian kemahiran kokurikulum serta bertukar pendapat dan ilmu; serta membantu peserta mengetahui kebolehan, kecekapan, kemahiran serta kemampuan diri sendiri semasa aktiviti dijalankan.

\”Menerusi persembahan kebudayaan pula dapat memberi peluang kepada merekamenunjukkan bakat atau minat mereka dalam bidang kesenian melalui tarian, lakonan, seni suara dan sebagainya.

\”Peserta berpeluang mengenali destinasi pelancongan serta mengenali budaya Negara Thailand yang menarik melalui aktiviti yang akan diatur sepanjang kembara berlangsung,\” katanya lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....