Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Johor tidak berubah
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Johor tidak berubah

Penduduk terjejas banjir di Johor tidak berubah

Foto APM Kluang

JOHOR, 10 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor kekal 111 orang melibatkan 30 keluarga setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Kesemuanya masih berlindung di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tiga daerah.

Mengikut data yang dikemaskini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), daerah Pontian kekal paling ramai penduduk terjejas dengan 83 orang melibatkan 23 keluarga berlindung di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dan SK Parit Markom.

Ia diikuti, daerah Batu Pahat, 17 orang melibatkan tiga keluarga berlindung di SK Seri Bunut.

Manakala, daerah Kluang, 11 orang melibatkan empat keluarga berlindung di PPS SK Sungai Linau.

Sementara itu menerusi ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca cerah pada sebelah pagi dan tiada amaran angin kencang serta laut bergelora dilaporkan.

Di Perak jumlah penduduk terjejas banjir adalah seramai 136 orang daripada 40 keluarga setakat pukul 8.00 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah Kerian.

Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak menempatkan 71 penduduk daripada 21 keluarga.

ManakalaPPS SK Parit Haji Amin, Bagan Serai menempatkan 65 penduduk daripada 20 keluarga..

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....