Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi Ajinamoto perluas Sports Nutrition Awareness Project ke SSMT
Ekonomi

Ajinamoto perluas Sports Nutrition Awareness Project ke SSMT

Ajinamoto perluas Sports Nutrition Awareness Project ke SSMT

AJINOMOTO Malaysia memperluaskan Sports Nutrition Awareness Project ke Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memperluaskan Sports Nutrition Awareness Project ke Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) sebagai sebahagian inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Projek itu bertujuan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan atlet murid selain membantu mereka mencapai kejayaan melalui pemakanan yang lebih baik.

AMB dalam kenyataan berkata, SSMT merupakan sekolah sukan kebangsaan keempat yang menerima manfaat daripada itu sejak ia bermula pada 2019 di Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS). 

“Projek ini kemudiannya telah diperluaskan ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) pada tahun 2022 dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SMSS) pada 2023 dengan sokongan kukuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sehingga kini, projek tersebut merangkumi lebih 1,200 atlet murid dari BJSS, SSMP dan SMSS yang telah diberikan pendedahan mengenai pemakanan sukan melalui ceramah kesihatan oleh pakar pemakanan, hidangan Winning Meals Kachimeshi®, serta sudut maklumat yang disediakan oleh AMB,” katanya dalam kenyataan. 

Projek tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Pengurusan Sekolah, Jalaluddin Ismail. 

Menerusi kerjasama ini, AMB berhasrat untuk memberi lebih banyak manfaat kepada atlet murid dengan mempromosikan diet seimbang dan tabiat pemakanan yang lebih sihat. 

“AMB kekal komited untuk memupuk semangat kesukanan dan memperkasa atlet muda untuk mencapai prestasi puncak dalam pertandingan sukan, berusaha ke arah ‘VICTORY’’ melalui “Eat Well, Live Well,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga
Ekonomi

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin (kiri) dan Gabenor Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan...

Ekonomi

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto BernamaKUALA LUMPUR,...

Ekonomi

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

FOTO AFPKUALA LUMPUR, 15 November- Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan...