Home Ekonomi TOT Sarawak sedia peluang pengkomersialan teknologi sawit
Ekonomi

TOT Sarawak sedia peluang pengkomersialan teknologi sawit

TOT Sarawak sedia peluang pengkomersialan teknologi sawit

PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) bekerjasama menganjurkan Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) Sarawak 2024

Program yang akan diadakan di Kuching pada 14 Oktober 2024 itu bertujuan meningkatkan penggunaan teknologi inovatif yang sedia untuk dikormersialkan kepada penggiat industri sawit serta usahawan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Sarawak untuk meningkatkan daya saing di pasaran setempat dan global.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, penganjuran TOT Sarawak memberi peluang kepada penggiat industri dan usahawan setempat untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada pencipta teknologi dalam kalangan penyelidik MPOB.

“Ini merupakan peluang unik untuk menggalakkan pengkomersialan teknologi sawit, di samping memacu pembangunan mampan dan kemajuan industri sawit di Sarawak,” katanya dalam kenyataan.

TOT Sarawak 2024 itu bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg.

Ahmad Parveez berkata, TOT Sarawak 2024 ini dijangka memberi fokus kepada teknologi yang sedia dikomersialkan oleh usahawan tempatan dan penggiat industri selari dengan keperluan perkembangan industri sawit yang dinamik, di Sarawak.

“Penyelidikan MPOB mengutamakan tiga strategi utama iaitu meningkatkan pendapatan industri, pembangunan mampan dan penambahan nilai. 

“Fokus penyelidikan dijana melalui maklum balas daripada industri dan diteliti oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) yang diadakan setiap tahun,” ujarnya.

Program TOT MPOB pada bulan Julai lalu yang diadakan di Selangor telah menarik lebih 500 orang peserta dari pelbagai sektor, termasuk usahawan PMKS. 

Pada program tersebut, enam teknologi baharu diperkenalkan, menjadikan jumlah keseluruhan teknologi ciptaan MPOB kepada 720 teknologi. 

“Daripada jumlah itu, 238 teknologi telah dikomersialkan oleh penggiat idustri dan rakan kerjasama strategik, termasuk usahawan yang kini berinovasi dalam pelbagai sektor daripada bahan tanaman sawit hingga produk makanan dan produk hiliran bersaskan sawit,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...