KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat tiba di Vientiane, Laos, malam tadi untuk mengetuai delegasi Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, yang akan dibuka secara rasmi esok.
Menurut Anwar, beliau bersama-sama delegasi Malaysia akan turut menghadiri sidang-sidang kemuncak berkaitan, selainmengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa ketua dan pimpinan kanan dari pelbagai negara sehingga Jumaat.
\”Persidangan ini amat bermakna bagi negara berikutan kepengerusian ASEAN tahun hadapan akan diserahkan kepada Malaysia di sini.
\”Doa kejayaan buat delegasi negara dan semoga segala urusan dipermudahkan, insya-Allah,\” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
BERITA BERKAITAN:
- PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN
- Diaspora Malaysia di Laos perlu teroka tenaga boleh baharu