Home Nasional Banjir di Perak, rekod penurunan penduduk terjejas
Nasional

Banjir di Perak, rekod penurunan penduduk terjejas

Banjir di Perak, rekod penurunan penduduk terjejas

Foto Hiasan

IPOH, 8 Oktober– Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak menunjukkan penurunan mangsa kepada 298 orang berbanding 304 orang, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan seramai sembilan penduduk yang di tempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, daerah Hilir Perak telah dibenarkan pulang ke kediaman.

PPS itu menempatkan 131 penduduk daripada 36 keluarga.

Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman di daerah Kerian mencatatkan 120 orang penduduk melibatkan 34 keluarga.

Sementara itu, di PPS SK Matang, jumlah mangsa banjir kekal seramai 47 penduduk daripada 14 keluarga.

Ketika ini, pemantauan masih diteruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan-kawasan berisiko banjir.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....