Home Nasional Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu
Nasional

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu

Tiga maut, dua cedera parah kemalangan di Lahad Datu

FOTO Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu

LAHAD DATU, 7 Oktober- Tiga termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, Tungku, di sini pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 petang mengenai insiden yang melibatkan sebuah pacuan empat roda, kereta dan motosikal dengan 13 mangsa terlibat.

\”Mangsa maut merupakan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita yang berada di dalam kereta serta seorang penunggang motosikal lelaki. Mangsa yang cedera parah pula ialah seorang lelaki dan wanita yang turut berada di dalam kereta berkenaan.

“Penunggang motosikal dan seorang individu di dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tungku untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumsoa berkata lapan individu lain yang menaiki pacuan empat roda itu iaitu empat lelaki, seorang wanita dan tiga kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan dan operasi ditamatkan pada 10.06 malam.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....