Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebihrendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter telekomunikasi dan media susulankebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global.
Maxis dan CelcomDigi mendahului apabila susut masing-masing 22 sen dan 9.0 sen kepada RM3.65 dan RM3.62, sekali gus melenyapkan gabungan 4.70 mata daripada indeks penanda aras tempatan.
Sewaku ditutup, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.58 mata daripada paras 1,629.97 pada akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka turun 3.06 mata kepada 1,638.49 dan bergerak dalam julat1,625.35 hingga 1,639.29 sepanjang dagangan hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu610 berbanding 410 dengan 514 kaunter tidak berubah, 874 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan berkurangankepada3.10 bilionunitbernilai RM2.67 bilion daripada 3.29 bilionunit pada Khamis bernilai RM2.52 bilion.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal dalam wilayah negatif sepanjang sesi dagangan apabila sentimen pelabur terjejas diasak oleh ketegangan Timur Tengah yang meruncing.
"Jumlah dagangan berada di bawah angka purata kerana sentimen berhati-hati yang ketara di pasaran tempatan dengan risiko geopolitik menyebabkan pembeli lebih selesa berada di luar pasaran.