Home Nasional MTHQA ke-64 angkat martabat umat Islam
Nasional

MTHQA ke-64 angkat martabat umat Islam

MTHQA ke-64 angkat martabat umat Islam

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimmahu Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQA) ke-64 mengangkat martabat umat Islam ke tahap lebih mulia dan membanggakan.

Beliau ketika menyampaikan ucapan ketika majlis perasmian itu menyifatkan MTHQA membuka peluangdari segi peningkatan kefahaman dan penambahan iltizam atau komitmen untuk melaksanakan cita-cita Islam.

Selain itu beliau menyifatkan kerjasama semua pihak diperlukan dalam menghindari serta menoktahkan permusuhan antara kaum dan agama.Perkara itu sekali gus akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam kalangan negara Islam.

Anwar juga menegaskan, kecelaruan dan perpecahan dalam kalangan negara Islam akan membuka ruang kepada musuh untuk memulakan serangan, penghinaan atau penjajahan.

\”Dalam Kerajaan MADANI ini kita mulakan dengan memupuk semangat perpaduan kental dalam kalangan kita untuk menjamin supaya ada persefahaman dan perdamaian antara umat Islam dan bukan Islam di negara kita.

\”…kerana itu menjadi prasyarat bagi kita membangunkan ekonomi yang mampan. Selain itu kita dapat memberi pengertian dalam ekonomi kerana pengukuhan ekonomi memberi keselesaan dan jaminan kepada rakyat terutama rakyat miskin bandar dan desa,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di ibu negara.

Dalam pada itu Anwar mahu anjakan dalam melahirkan pelajar-pelajar tahfiz yang berkemahiran dan berketerampilan termasuk dalam bidang digital dan kecerdasan buatan (AI).

\”bilangan pelajar tahfiz secara rasmi dan tidak rasminya mencecah 200,000 pelajar. Selain kekuatan akhlak, pelajar tahfiz juga perlu diberikan peluang dalam profesional dalam bidang tenaga, kegiatan teknikal, digital dan AI,\” katanya lagi.

Pada masa sama negara juga memerlukan kepakaran khususnya dalam bidang teknologi yang giat berkembang.

MTHQA ke-64 disertai 92 orang peserta dari 71 buah negara. Peserta tilawah seramai 53 orang (39 lelaki dan 14 perempuan) dari 41 buah negara dan peserta hafazan seramai 39 orang (26 lelaki dan 13 perempuan) dari 36 buah negara.

Dua peserta tilawah akan mewakili Malaysia iaitu Mohamad Husaini Mahmur (Negeri Sembilan) dan Nor Hidayah Binti Abd Rahman (Terengganu).

Manakala peserta hafazan pula akan diwakili Muhammad Rifae’i Mat Zuki (Kedah) dan Putri Aminah Mohd Hanif (Kelantan).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....