Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Wanita Palestin tular buat kecoh mohon maaf
Nasional

Wanita Palestin tular buat kecoh mohon maaf

Wanita Palestin tular buat kecoh mohon maaf

Wanita Palestin tular buat kecoh mohon maaf

KUALA LUMPUR, 6 Oktober– Wanita warga Palestin yang tular video membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur dua hari lalu, membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.

Aminah Muhammad Nafi\’ Jamal Abd Rabbah menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya. Menerusi video yang berdurasi 1:19 minit itu, Aminah mengakui sedang mengalami situasi yang sangat sulit, susulan tiga anaknya terkorban.

Selain, tidak dapat menghubungi dan tiada perkhabaran mengenai anak-anaknya yang masih berada di Gaza.

\”Saya mohon maaf apa yang saya dilakukan oleh saya, serius kamu adalah orang yang baik, murah hati dan menghormati orang dan kami berterima kasih kerana menerima kami dengan layanan yang baik.

Dia turut mengucapkan terima kasih dan menghargai layanan baik yang diberikan oleh Malaysia untuk membantu mereka.

\”Saya bersumpah dengan nama Allah yang saya bercakap semua ini ikhlas dari hati saya. Kamu melayan kita dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan… Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab… Tetapi kami yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia).

\”Saya minta maaf… saya minta maaf… saya minta maaf dan saya berharap kamu akan menerima permohonan maaf saya dan dapat merasakan apa yang kami rasai\”,katanya sambil memegang seorang kanak-kanak yang cedera di bahagian mata.

\”Saya bersumpah dengan nama Allah dan sekali lagi saya memohon maaf kepada anda, atas apa yang saya lakukan dengan rasa penyesalan yang besar, sekian terima kasih\”, katanya berulang kali.

Aminah Muhammad Nafi\’ Jamal Abd Rabbah serta lebih 100 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu untuk menerima rawatan perubatan di negara ini, susulan serangan Israel ke atas Gaza tahun lalu.

BERITA BERKAITAN:

  • Insiden kekecohan warga Palestin di Wisma Transit masih dalam siasatan
  • Isu warga Palestin di Wisma Transit akan diselesaikan – Saifuddin
  • Isu libatkan rakyat Palestin di pusat transit selesai – Duta

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...