Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimeterai 8 Disember ini
Ekonomi

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimeterai 8 Disember ini

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimeterai 8 Disember ini

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi/Foto RTM

ISKANDAR PUTERI, 3 Oktober-Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dan Singapura bakal ditandatangani pada 8 Disember ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dokumen perjanjian berkenaan dalam proses untuk dimuktamadkan.

\”Walaupun dokumen perjanjian hanya akan disempurnakan semasa sesi Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kali ke-11 pada akhir tahun nanti, kepimpinan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil tindakan proaktif untuk mengadakan pertemuan dan sesi libat urus bersama pelabur, pemain industri dan para pemegang taruh\”, katanya ketika menjawab soalan lisan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sesi libat urus yang dilaksanakan Jun lalu itu bagi melontar pandangan dan memberi keyakinan kepada para pelabur, berhubung rancangan dan visi pembangunan JS-SEZ.

Selain itu, pakej insentif yang bakal ditawarkan kepada para pelabur akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Belanjawan Madani 2025, pada 18 Oktober ini.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...