Sunday , 17 November 2024
Home Ekonomi Harga hadapan emas ditutup lebih tinggi
Ekonomi

Harga hadapan emas ditutup lebih tinggi

Harga hadapan emas ditutup lebih tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disangga oleh permintaan yang stabil.

Menurut seorang peniaga, pelabur berpusu-pusu membeli emas sebagai aset selamat, memacu permintaan serta harganya di tengah-tengah konflik yang meningkat di Asia Barat dan sentimen berhati-hati yang timbul menjelang pengumuman data senarai upah bukan perladangan Amerika Syarikat yang kritikal menjelang lewat malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada AS$2,669.80 setiap auns troy berbanding AS$2,655.80 setiap auns troy yang disaksikan semalam, manakala November 2024 menokok kepada AS$2,691.10 setiap auns troy daripada AS$2,677.60.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya berakhir lebih tinggi pada AS$2,691.60 setiap auns troy berbanding AS$2,677.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 33 lot daripada tiga lot manakala kepentingan terbuka naik kepada 67 kontrak daripada 20 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 3 Okt, harga emas fizikal berada pada AS$2,647.65 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga
Ekonomi

KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin (kiri) dan Gabenor Bank Negara...

Ekonomi

Pasaran harta tanah Suku Ketiga 2024 catat peningkatan

Prestasi pasaran harta tanah pada Suku Ketiga 2024 menunjukkan perkembangan positif dengan...

Ekonomi

Kadar inflasi 2025 dijangka berpurata antara 2-3.5 peratus

Gabenor Bank Negara, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto BernamaKUALA LUMPUR,...

Ekonomi

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

FOTO AFPKUALA LUMPUR, 15 November- Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan...