Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil mingu depan susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil mingu depan susulan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil mingu depan susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober– Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Untuk minggu semasa, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan dengan melaksanakan repo berbalik, repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.

Lebihan kecairan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM40.10 bilion berbanding RM36.20 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menokok kepada RM19.09 bilion daripada RM12.83 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 3 Oktober.- Livevartha

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...