Home Nasional Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Oktober– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im Mokhtar mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Beliau menegaskan, ianya perlu dihentikan segera, malah tragedi ini telah menaikkan kemarahan di seluruh dunia.

Justeru, menerusi satu kenyataan, beliau menyarankan agar masjid-masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa tragedi serangan rejim Israel itu.

Katanya, saranan ini juga turut meliputi masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau berharap dengan usaha ini dapat menzahirkan keprihatinan dan solidariti masyarakat Islam negara ini terhadap keamanan dunia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....