Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional PM terima Darjah Kebesaran Kelantan
Nasional

PM terima Darjah Kebesaran Kelantan

PM terima Darjah Kebesaran Kelantan

Foto facebook Anwar Ibrahim

KOTA BHARU, 1 Oktober– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) hari ini.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian petang tadi.

Datuk Seri Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis penganugerahan darjah kebesaran berkenaan.

Darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Perdana Menteri tersebut yang membawa gelaran Datuk.

Kurniaan itu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Terdahulu, dilaporkan Datuk Seri Anwar mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran negeri Kelantan.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...