Home Nasional Penyanyi veteran Khadijah Ibrahim terbabit kemalangan di Beaufort
Nasional

Penyanyi veteran Khadijah Ibrahim terbabit kemalangan di Beaufort

Penyanyi veteran Khadijah Ibrahim terbabit kemalangan di Beaufort

Foto: Balai Bomba Beaufort

BEAUFORT, 30 September– Penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim, 64, cedera akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kinamas di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan terbabit, namun keadaan penyanyi itu dilaporkan baik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata lima mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dapat keluar sendiri dari kenderaan masing-masing.

Sebanyak 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort tiba di tempat kejadian pada 5.34 petang untuk membantu mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang.

“Dua mangsa dalam kenderaan MPV dan tiga dalam pacuan empat roda telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

“Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya. – BERNAMA

Related Articles

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan
Nasional

1,279 calon duduki peperiksaan SPM di Labuan

FOTO HIASAN / BERNAMALABUAN, 2 Januari- Seramai 1,279 calon menduduki peperiksaan Sijil...

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu
Nasional

SPM : 18,612 calon duduki peperiksaan di Terengganu

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong memberi kata-kata semngat kepada...

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar
Nasional

SPM : Dua pusat peperiksaan di Kelantan dilanda banjir, namun berjalan lancar

Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz membantu salah seorang calon SPM di Sekolah...

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas
Nasional

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 2 Januari- Seramai 433 penduduk daripada 94 keluarga terjejas...