Home Ekonomi Kadar antara bank jangka pendek dututup stabil susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar antara bank jangka pendek dututup stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek dututup stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 September– Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM41.24 bilion daripada RM44.49 bilion pagi ini manakala dana Islam meningkat kepada RM16.84 bilion daripada RM12.99 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo terbalik serta satu tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 27 Sept 2024. -Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....