Saturday , 23 November 2024
Home Politik Ahli Pas di Kelantan tidak terlibat dengan kumpulan GISBH, Al-Arqam
Politik

Ahli Pas di Kelantan tidak terlibat dengan kumpulan GISBH, Al-Arqam

MOHAMED Fadzli Hassan

KOTA BHARU: Pas Kelantan yakin bahawa tiada ahli parti itu dikesan terlibat dengan kumpulan Global Ikhwan Sdn. Bhd Holding (GISBH) atau ajaran Al-Arqam yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kira-kira 30 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, parti itu merupakan entiti berbeza daripada GISBH dan Al-Arqam.

“Sekarang ini tiada ahli Pas yang dikesan terlibat dengan kedua-dua kumpulan itu. Saya yakin memang tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-55 Tahun Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tiada penjawat awam Kelantan dikesan terlibat dengan GISBH atau Al-Arqam.

Ditanya sama ada Kerajaan Kelantan akan mengikuti langkah Selangor menutup semua premis berkaitan GISB di negeri itu, beliau menjelaskan ia bergantung kepada keputusan siasatan pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Buat masa ini, kita (kerajaan negeri) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat segala aktiviti berkaitan GISBH di Kelantan. Kita tunggu laporan lengkap sebelum memutuskan sebarang tindakan.

“Kita tidak mahu membuat keputusan awal atau mendahului siatan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sudut perundangan selain Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dalam konteks agama.

“PDRM, Maik dan Jaheaik ketika ini sedang menjalankan siasatan di semua kawasan. Jika terbukti kegiatan GISBH di Kelantan melanggar peraturan daripada sudut agama dan lain-lain peraturan, kerajaan negeri akan mengambil tindakan sepatutnya mengikut peruntukan undang-undang,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Selangor mengarahkan semua premis GISBH di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat tersebut.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, jumlah keseluruhan premis akan diketahui pada Rabu depan meliputi kesemua rumah amal dan sekolah yang disyaki milik gerakan tersebut.

Beliau namun menegaskan, setakat ini semua sekolah agama yang diuruskan organisasi itu sudah diarahkan tutup dan tindakan dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Selangor.

habis

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...