KLUANG: Cuaca cerah sejak awal pagi tadi membolehkan ramai pengundi keluar awal untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hingga pukul 11 pagi, sebanyak 23.39 peratus daripada 66,318 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi di 20 pusat pengundian dengan 109 saluran dibuka sejak pukul 8 pagi.
Orang ramai diminta keluar mengundi awal kerana cuaca diramal hujan serta ribut petir pada petang ini.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.
PRK tersebut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antar calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61. – UTUSAN