Home Ekonomi Niaga hadapan emas kekal tidak berubah minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas kekal tidak berubah minggu depan

Niaga hadapan emas kekal tidak berubah minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata naratif pasaran masih bersandarkan kepada kenaikan emas berbanding keadaan dolar US yang agak lemah, didorong oleh kitaran pemotongan kadar Rizab Persekutuan AS yang berterusan.

“Namun, saya melihat momentum itu sedikit perlahan berikutan data ekonomi AS yang masih terus bertahan, menunjukkan pasaran mungkin meletakkan harga dalam pemotongan yang agak banyak.

\”Anggaran berlebihan ini mungkin dicerminkan dalam harga emas, yang mana pasaran mengambil kesempatan ke atas sentimen dolar yang negatif,\” katanya kepada Bernama.

Selain itu, dengan tuntutan pengangguran mingguan yang kelihatan stabil, Innes berpendapat jangkaan kenaikan emas mungkin akan mengecil semula sebelum data NFP minggu depan.

Di rantau ini, import emas bersih China pada Ogos melalui Hong Kong adalah yang terendah dalam tempoh lebih dua tahun, mencadangkan penjual tempatan meramalkan permintaan akan lengang.

Innes menjelaskan ini boleh dikaitkan dengan usaha penuh kerajaan China mengenai rangsangan, yang akan mengukuhkan mata wang tempatan.

\”Akibatnya, pelabur runcit tidak perlu risau dengan keperluan bagi melindung nilai mata wang yang lebih lemah melalui pembelian emas,\” tambahnya.

Dari Jumaat ke Jumaat, bulan semerta September 2024 meningkat kepada US$2,661.60 setiap auns troy berbanding US$2,614.20 setiap auns troy yang disaksikan pada minggu sebelum ini.

Sementara itu, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya lebih tinggi pada US$2,675.10 daripada US$2,627.00 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menokok kepada 117 lot berbanding 82, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 71 kontrak daripada 44 sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,663.75 setiap auns troy, berdasarkan kepada penetapan petang London Bullion Market Association pada 26 Sept. -Livevartha

Related Articles

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri
Ekonomi

Tarif import aluminium 50% cetus kebimbangan pemain industri

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Tindakan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan...

PTP catat rekod pengendalian tiga bulan berturut-turut
Ekonomi

PTP catat rekod pengendalian tiga bulan berturut-turut

PTP mencatatkan rekod baharu operasi pelabuhan dengan mengendalikan 1,269,389 TEU dalam tempoh...