Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Diaspora Malaysia di Laos perlu teroka tenaga boleh baharu
Nasional

Diaspora Malaysia di Laos perlu teroka tenaga boleh baharu

Diaspora Malaysia di Laos perlu teroka tenaga boleh baharu

Datuk Seri Fadillah Yusof

LAOS, 26 September- Diaspora Malaysia di Laos disaran mengambil peluang untuk meneroka peluang pelaburan dalam sektor tenaga boleh baharu bagi memenuhi permintaan serantau, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menegaskan, sektor tenaga berkenaan dan tenaga bersih kini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan anggotaASEAN.

\”Di Malaysia sahaja permintaan untuk tenaga adalah kira-kira 8,000 megawatt kerana pusat-pusat data yang berminat datang ke Malaysia seperti NVIDIA, Microsoft dan Google.

\”…bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh ASEAN,\” katanya pada majlis makan malam diaspora Malaysia di sini turut menjadi platform bertukar-tukar pandangan antaranya mengenai strategi negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Dalam pada itu Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN pada tahun depan akan menumpukan antaranya pembangunan sektor tenaga selain berharap agenda Grid Tenaga ASEAN (APG) dapat dimuktamadkan pada 2025.

Beliau berkata APG akan membolehkan transaksi pembekalan tenaga merentas sempadan dan perkara itu pasti memberi peluang perniagaan kepada pemain industri.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...