Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Pelaburan AWS: Unjuran KDNK dijangka atasi sasaran asal – PM
Nasional

Pelaburan AWS: Unjuran KDNK dijangka atasi sasaran asal – PM

Pelaburan AWS: Unjuran KDNK dijangka atasi sasaran asal – PM

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 26 September– Syarikat penyedia platform pengkomputeran awan, Amazon Web Services (AWS), diyakini mampu menyumbang sehingga RM57.3 bilion kepada ekonomi Malaysia, menjelang tahun 2032.

Sasaran itu dijangka dapat dicapai lebih awal, berbanding sasaran asal pada tahun 2038.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berdasarkan rekod prestasi terdahulu, syarikat itu terbukti berjaya mencapai sasarannya lebih awal daripada pelan asal.

\”AWS telah menjadi rakan kongsi yang teguh dalam perjalanan transformasi digital negara. Pelancaran Wilayah AWS, dengan pelan pelaburan 15 tahunnya, menekankan komitmen jangka panjang AWS yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia.\”

\”Pelaburan RM29.2 bilion AWS melalui projek Wilayah AWS (Malaysia) sahaja diunjurkan menyumbang lebih awal dan diharapkan lebih daripada RM57.3 bilion kepada KDNK Malaysia antara 2024 dan 2038,\” kata Anwar.

Datuk Seri Anwar berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pelancaran AWS Asia Pasifik (Malaysia), di ibu negara, malam tadi.

Kini, pelaburan AWS di Malaysia dijangka menjana lebih 3,500 pekerjaan secara langsung daripada pusat data baharu.

Sementara itu, Malaysia terus komited melaksanakan transformasi digital dengan menyasarkan untuk menjadi hab kecerdasan buatan (AI) generatif bertaraf antarabangsa.

Datuk Seri Anwar menegaskan ekonomi digital adalah kunci ke arah peningkatan kerumitan ekonomi perindustrian negara.

Sehubungan itu, infrastruktur digital negara perlu diperkukuh.

\”Kita menyasarkan untuk meletakkan Malaysia sebagai antara lain, hab kecerdasan buatan (AI) generatif di peringkat serantau dan global dengan mengukuhkan infrastruktur digital kita.\”

\”Dasar kita untuk menarik pelaburan digital yang betul adalah jelas. Inisiatif dasar seperti Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, bertujuan untuk merubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan peneraju serantau yang berasaskan pendigitalan,\” tambahnya.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...