Friday , 27 September 2024
Home Ekonomi SCRB akan ke Pasaran ACE pada suku keempat ini
Ekonomi

SCRB akan ke Pasaran ACE pada suku keempat ini

SCRB akan ke Pasaran ACE pada suku keempat ini

MAJLIS menandatangani perjanjian pengunderaitan antara Supreme Consolidated Resources dengan Kenanga Investment Bank.

PETALING JAYA: Supreme Consolidated Resources Bhd (SCRB), menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Menurut kenyataannya, pemain industri barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang berpangkalan di Sarawak yang disenaraikan di Pasaran LEAP akan menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 70 juta saham baharu.

Katanya, Kenanga akan menaja jamin 16.25 juta saham, yang terdiri daripada 8.6 juta saham untuk orang ramai Malaysia melalui pengundian dan 7.65 juta saham diperuntukkan kepada pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, pekerja serta rakan perniagaan SCRB dan anak syarikatnya. 

Baki 53.75 juta saham akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Menurut SCRB, hasil daripada IPO akan digunakan untuk sebahagiannya membiayai pengembangan kemudahan gudang yang akan berfungsi sebagai pusat pengedaran tambahan untuk menampung pengembangan produk SCRB.

Tambahnya, baki hasil akan digunakan untuk modal kerja dan membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas SCRB, Datuk Richard Wee Liang Chiat berkata, penandatanganan perjanjian pengunderaitan menandakan babak baharu dalam perjalanan syarikat yang beralih daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.

Katanya, ini sejajar dengan kriteria Pasaran ACE, skala semasa syarikat dan trajektori pertumbuhannya.

“Peralihan itu dijangka meningkatkan kecairan kami melalui pangkalan pelabur yang lebih luas, meningkatkan kehadiran syarikat kami dan menarik rakan kongsi baharu. 

“Selain itu, kami percaya ia juga akan memberikan kami platform yang lebih besar untuk mengumpul dana, memberikan kami akses kepada modal tambahan yang akan memudahkan rancangan pengembangan kami dan menyokong pelaburan dalam projek strategik.” ujarnya.

SCRB menyediakan akses pasaran dan liputan untuk produk pengguna di Sarawak dan Sabah iaitu ia terlibat terutamanya dalam pengedaran produk makanan sejuk beku dan dingin, produk makanan dan minuman (F&B) ambien dan produk nukan F&B.

SCRB dijangka disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada suku keempat 2024.

Kenanga ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ekonomi

Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 27 September- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

FBM KLCI dijangka pada 1,740 mata akhir tahun ini
Ekonomi

FBM KLCI dijangka pada 1,740 mata akhir tahun ini

FBM KLCI dijangka mencapai paras 1,740 mata menjelang akhir tahun ini.PETALING JAYA:...

Pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia lebih perlahan – KRI 
Ekonomi

Pertumbuhan pendapatan isi rumah Malaysia lebih perlahan – KRI 

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pertumbuhan pendapatan isi rumah di Malaysia lebih perlahan dalam...

Bank Islam, Nomura perluas penawaran produk patuh syariah
Ekonomi

Bank Islam, Nomura perluas penawaran produk patuh syariah

SARAH Muttalib (dua kiri) bersama Pengarah Nomura, Atsushi Ichii (dua kanan) menunjukkan...